top of page

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  • Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual, dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

​

  • Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.​

​

  • Merancang, melaksana dan mengawalsedia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok, secara profesional dan beretika.

​

  • Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta tunjuk ajar yang merangsang perkembangan murid secara optimum.

​

  • Merancang, menyedia dan menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid melalui media yang sesuai. 

​

  • Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. 

​

  • Merancang dan mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

​

  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid. 

​

  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid. 

​

  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pendidikan Kerjaya Murid.

​

  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. 

​

  • Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

​

  • Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

​

  • Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 

​

  • Setiausaha kepada Jawantankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 

​

  • Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 

​

  • Membuat rujukan dan memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekirannya berlaku krisis dalam kawasan sekolah. 

​

  • Pengawal perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

​

  • Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 

​

  • Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa. 

​

​

​

Media Sosial/ Social Media:

  • Facebook

Online Since: 27 July 2020

Last Updated Since:  29 July 2020

Alamat/Address:

Sekolah Menegah Saint John, Tuaran, 

Peti Surat 248, 89208 Tuaran

​

​

Telefon/Telephone:

088- 788 354

bottom of page