
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SM SAINT JOHN TUARAN


FOKUS 1
-PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID-
​
Fokus ini adalah untuk memupuk perkembangan personaliti kendiri murid daripada aspek berikut:
​
a. Sikap Penyayang (Kepedulian)
​
b. Budi Bahasa
​
c. Konsep Kendiri
​
d. Kepemimpinan
​
e. Komunikasi
​
f. Kekemasan Diri
​
g. Ketepatan Masa
​
h. Motivasi Diri
​
​
FOKUS 2
-PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID-
​
Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.
​
FOKUS 3
-PENGURUSAN KERJAYA MURID-
​
Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya.
​
Menerusi fokus ini, Guru Bimbingan Kaunseling (BK) hendaklah:
​
a. Memastikan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat menegenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
​
b. Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah dalam Pelan Pembangunan dan Perkembangan Kerjaya mereka.
​
c. Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke instituisi-instituisi pengajian tinggi awam dan swasta.
FOKUS 4
-PSIKOSOIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID-
​
Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan serta mengurus kesejahteraan diri dan mental.
​
Menerusi fokus ini, Guru Bimbingan dan Kaunseling (BK) perlu:
​
a. Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
​
b.Membimbng murid dalam aspek pengurusan emosi
​
c. Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif